|
|
Sekiranya anda memiliki perlindungan insurans (atau takaful) atas diri atau keluarga melebihi 3 tahun, mungkin inilah masanya anda mengkaji semula semua portfolio insurans tersebut.
Kaji semula ini adalah perlu kerana:
- Mungkin anda terkurang dilindungi (under-coverage).
- Mungkin anda terlebih dilindungi (over-coverage).
- Mungkin anda tidak memahami (atau terlupa) apakah perlindungan yang anda miliki.
- Mungkin anda tersalah pilih pelan yang sepatutnya.
- Mungkin anda memiliki perlindungan sedia ada atas niat yang salah.
- Mungkin anda membayar terlalu tinggi untuk perlindungan sedia ada.
- Mungkin perlindungan sedia ada tidak lengkap.
- Mungkin perlindungan sedia ada matang terlalu awal.
- Mungkin perlindungan sedia ada matang terlalu lama.
- Mungkin perlindungan sedia ada tidak menepati syariah.
- Mungkin anda ingin membuat pengeluaran atau pinjaman tunai daripada polisi anda.
Kami boleh menyediakan perkhidmatan kaji semula (review) secara PERCUMA. Hubungi kami.
Sekiranya kenderaan anda mengalami kemalangan, anda mungkin berhak membuat tuntutan sama ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga bergantung kepada jenis insurans yang anda miliki dan situasi kemalangan. Sekiranya anda memiliki insurans komprehensif dan dalam situasi anda melanggar orang lain, anda berhak menuntuk kerugian ke atas kerosakan anda sendiri dan orang yang anda langgar berhak menuntut kerugian tuntutan pihak ketiga ke atas insurans anda. Sekiranya anda hanya memiliki insurans pihak ketiga dan dalam situasi anda melanggar orang lain, anda tidak berhak menuntuk kerugian ke atas kerosakan anda sendiri tetapi orang yang anda langgar tetap berhak menuntut kerugian tuntutan pihak ketiga ke atas insurans anda.
Bagi tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat mereka.
Jika syarikat insurans mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantarlah kenderaan anda seperti yang dinasihatkan. Syarikat insurans atau pengendali takaful berhak menolak tuntutan jika kenderaan tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka. Selepas kemalangan dan kerosakan difailkan, syarikat insurans akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan. Pelaras kerugian bukanlah daripada kakitangan syarikat insurans atau pengendali takaful sebaliknya syarikat luar yang khusus menilai tahap kerosakan sesuatu kemalangan.
Tiada siapa yang mahukan kemalangan berlaku ke atas dirinya. Namun, walaubagaimana bersiap sedianya kita dan berhati-hatinya kita, sekiranya ditakdirkan Allah berlaku kemalangan, tetap juga akan berlaku. Lebih-lebih lagi kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan kita dengan orang lain.
Mungkin tips-tips berikut boleh membantu serba-sedikit sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya.
- Bertenang dan jangan cemas. Pada saya inilah perkara terpenting sebelum kita mengambil tindakan seterusnya.
- Sekiranya ada yang tercedera, hubungi ambulans atau 999 untuk bantuan.
- Sekiranya tiada kecederaan, alihkan kenderaan dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
- Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
- Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
- Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada. Continue reading Apa perlu dibuat apabila kemalangan
Menurut statistik Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Disember 2005 sahaja jumlah kenderaan yang berdaftar di negara ini ialah sebanyak 14,816,407. Itu statistik 2005, hari ini sudah pastilah jumlahnya lebih lagi. Dan salah satu syarat untuk membolehkan kenderaan-kenderaan ini bergerak di jalan raya, setiap kenderaan mestilah mempunyai insurans atau takaful kenderaan yang sah dan masih berkuatkuasa.
Berdasarkan pengalaman saya yang sudah bergiat agak lama di dalam industri ini, saya dapati kebanyakan pemilik kenderaan tidak pernah membaca apa yang terkandung di dalam polisi insurans atau sijil takaful kenderaan mereka dan kalau pernah baca pun mungkin tidak memahami. Ketidakfahaman ini boleh mendatangkan masalah terutamanya apabila berlaku kes-kes tuntutan akibat kemalangan, kecurian dan sebagainya.
Di sini saya akan menerangkan dengan ringkas 5 perkara yang patut diketahui dalam memahami insurans atau takaful kenderaan yang biasa didapati di Malaysia. Ini bukanlah maklumat komprehensif. Maklumat yang detail bolehlah anda dapati melalui polisi insurans / sijil takaful kenderaan anda sendiri.
1. Mengenali jenis-jenis perlindungan: Pihak ke-3 vs. Komprehensif. Untuk perlindungan Pihak ke-3, syarikat insurans akan membayar tuntutan akibat kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang (selain daripada anda, pemandu atau penumpang anda) dan kerosakan kepada harta (yang bukan harta sendiri atau keluarga) akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Anda.
Manakala Perlindungan Komprehensif pula ialah Perlindungan Pihak ke-3 di atas DAN ditambah dengan pampasan akibat kecurian, kebakaran dan kerosakan disebabkan kemalangan atau dihempap objek jatuh (dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang ataupun konvulsi semula jadi yang lain) kepada kenderaan anda. Continue reading Memahami takaful kenderaan anda
Ada sekurang-kurangnya lima (5) perkara umum wanita patut tahu dan periksa mengenai kenderaan mereka, sebelum memandu dan sebelum datang masalah.
Pada isteri saya, “hal-hal kereta” bukanlah perkara yang menyeronokkan terutamanya sebab beliau memang tidak selesa mengotori tangan, bahkan yang lebih utama lagi sebab kurangnya pengetahuan tentang penyelenggaraan kereta. Segalanya diserahkan pada saya walaupun sebenarnya saya ni pun bukan pandai sangat pasal kereta.
Itu dulu.
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya dan isteri sama-sama belajar. Tidaklah susah sangat sebenarnya.
1. Minyak bahan api (Petrol / Disel / NGV)
Ini perkara asas, tak payah fikir. Orang yang tidak memiliki kereta pun tahu minyak bahan api mesti ada untuk kereta bergerak. Tapi percayalah, saya kenal ramai wanita yang tidak pernah menuang minyak ke dalam tangki mereka sendiri dan tidak tahu bagaimana. Isteri saya sendiri, untuk lebih 10 tahun, sayalah yang mengisi penuh minyak ke dalam tangki sehari sebelum hari kerja bermula untuk beliau gunakan dan habiskan dalam seminggu bekerja. Begitulah berulang-ulang setiap minggu.
Kebanyakan kenderaan persendirian di Malaysia menggunakan petrol tapi ada juga yang menggunakan disel dan NGV. Pastikan bahan api yang betul. Dan pastikan anda kenal pasti mesin pam bahan api yang betul di stesen servis. Continue reading 5 perkara wanita harus tahu mengenai kereta
Ini adalah bahagian akhir daripada apa yang saya tulis mengenai subjek ini pada Feb 2001.
——————————————–
Saya tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan yang tidak munasabah (unnecessary worry) di kalangan kawan-kawan sekelian. Saya cuma cuba memberikan sedikit pandangan berdasarkan apa yang pernah dialami oleh rakan-rakan saya yang kini sudahpun mula mempunyai anak-anak di peringkat universiti.
Saya kasihan kerana memang ada di antara mereka yang lambat menyedari keperluan menyediakan tabungan untuk pengajian tinggi anak-anak sehinggalah tiba masa anak-anak sudah dipintu menara gading dan kini terpaksa bekerja keras memastikan anak-anak mereka terus belajar. Ini kerana mereka menyangka peluang yang pernah mereka dapati dahulu akan berterusan.
Jadi di manakah harus kita melabur untuk memastikan pengajian tinggi anak-anak terjamin? Ini bergantung kepada masa yang kita ada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, lebih awal kita bermula lebih baik.
Setahu saya, anak-anak dari kawan-kawan sebaya saya yang paling tua adalah di darjah 4 (umur 10 tahun). Ini bermakna kita mempunyai masa lebih kurang 7 tahun untuk menyediakan dana secukupnya bagi pengajian tinggi anak-anak ini. Tujuh tahun masih tidak terlewat. Kita masih boleh melabur dalam “mid to long-term investment vehicle” seperti amanah saham atau mungkin “stock market” sekiranya kita dari jenis “high-risk profiler”.
Namun sekiranya masa sudah tidak ada nanti bukan sahaja kita terpaksa menolak ke tepi lebih banyak pendapatan bahkan terpaksa menyimpan dalam “low-risk vehicle” seperti FD atau Tabung Haji sahaja kerana tidak mungkin kita mahu merisikokan tabungan yang gunanya nanti adalah untuk anak-anak yang kita cintai ini. Continue reading Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)
This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.
——————————————
Cara yang lebih baik untuk menjamin adanya dana pendidikan tinggi anak2 ialah dengan mula menyimpan dari sekarang. Lebih cepat kita bermula lebih baik.
Sebagai contoh, katakan kita memerlukan RM100,000.00 apabila anak berumur 18 tahun. Dan katakan pula kadar pulangan yang kita terima adalah 10% setahun. Jika kita mula menyimpan semasa anak mula dilahirkan, maka kita ada masa selama 18 tahun untuk menyediakan dana berkenaan. Dan simpanan yang perlu ditolak daripada pendapatan hanyalah sekitar RM166.00 sebulan (simpan setiap bulan tanpa henti). Makin lama kita bertangguh makin pendek masa yang kita ada dan makin besar pula pendapatan yang harus ditolak tepi. Continue reading Masa depan anak-anak kita (4 drp 5)
This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.
————————–
Setelah mengetahui betapa tingginya kos pendidikan peringkat tinggi, bagaimanakah agaknya anak2 kita harus mendapatkannya?
Kita ada beberapa pilihan:
1. Biasiswa (MARA, Petronas, Yayasan2 Negeri dsb). Inilah yang sangat saya harapkan terjadi pada anak2 kita. Tidak perlu bersusah payah mencari sumber dana. Tapi, bilangan biasiswa adalah terhad. Syarat untuk mendapat biasiswa ini pula selalunya ialah anak kita mestilah yang ‘top in class’ atau yang paling pandai. Masalahnya, ini juga yang dikejar oleh kebanyakan ibubapa yang lain. Itulah sebabnya ‘tuition centre’ menjadi-jadi. Budak yang bijak2 pun makin ramai, gred 1 bersepah, 8A pun dah banyak. Persaingan getir.
2. PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Saya tidak pasti sama ada kita menyedari bahawa tiada lagi sumber modal pengajian automatik seperti yang pernah kita alami dahulu. Pelajar2 yang memasuki IPT awam dan swasta tempatan harus mendapatkan dananya sendiri dan PTPTN adalah sumber yang boleh diharapkan oleh kebanyakan mereka.
PTPTN adalah pinjaman daripada kerajaan yang mengenakan kadar faedah 4%. Bagaimana? Nampak boleh tahan. Namun begitu, pinjaman terhad kepada yuran pengajian dan sebahagian belanja buku. Perbelanjaan lain dan biaya hidup masih harus disediakan. Tapi ingat, bukankah ramai di antara kita masih membayar pinjaman MARA yang diberikan pada kadar faedah 0%. Sedangkan pada kadar 0% pun kita masih merangkak-rangkak membayarnya, inikan pula dengan 4%. Kasihanilah anak2 kita. Namun begitu ia tetap satu opsyen yang boleh kita fikirkan.
3. Pinjaman bank. Ini adalah satu opsyen yang saya harap tidak perlu kita buat. Bukan sahaja
kadar faedahnya lebih tinggi, jadual pembayarannya pun selalunya bermula serta-merta. Berbeza dari bank, di PTPTN pinjaman boleh dibayar selepas tamat pengajian.
4. Menang Who WTB Millionaire? atau seumpamanya Ini hanyalah peluang kepada beberapa orang yang bernasib baik sahaja dan hanyalah angan2 Mat Jenin bagi kebanyakan kita. Doalah selalu semoga anda menjadi antara orang yang bernasib baik itu.
Cara yang lebih baik – bersedia dari sekarang. You have nothing to lose.
Memang, pengajian tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi lebih berjaya atau lebih kaya. Namun, mahukah kita menidakkan peluang ke universiti sekiranya anak kita layak atau kita mampu atau sekiranya anak kita itu sendiri mahu? Saya tidak percaya Bill Gates akan membiarkan anaknya untuk menjadi “college dropout” seperti dirinya.
Jika kita lihat ahli perniagaan Malaysia yang besar pun (yang asalnya tidak berpelajaran tinggi spt Lim Goh Tong) tidak membiarkan anak2nya tanpa pengajian tinggi.
Mereka yang berjaya tanpa pelajaran tinggi adalah mereka yang pada saya adalah istimewa kerana mempunyai visi tersendiri dan mungkin lebih baik jadi “drop-out” dan sekiranya anak2 saya mempunyai ciri2 sebegini, saya memang tidak kisah kalau dia nak masuk universiti atau tidak.
This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.
——————————
Stephen Covey menulis dalam bukunya “7 Habits of Highly Effective People”, “There are only two lasting bequests we can give our children: One, roots so they will keep their feet on the ground and two, wings, so that they may fly”. ‘Roots’ itu pada saya ialah pendidikan agama dan nilai2 serta adab yang tinggi yang harus disemai di dalam jiwa anak2. ‘Wings’ itu ialah ilmu yang boleh membawanya jauh meneroka dunia, menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi ini. ‘Wings’ yang cukup baik kosnya mahal sekali.
Kos pendidikan tinggi sememangnya tinggi. Yuran pengajian amat bergantung kepada jenis kursus, universiti dan lokasi universiti (luar/dalam negeri). Ditambah pula perbelanjaan2 lain seperti buku2, alatulis dan belanja hidup.
Kos pendidikan tinggi di universiti2 tempatan selama 4 – 5 tahun adalah dianggarkan sekitar RM50,000 – RM75,000 untuk universiti awam tempatan dan antara RM100,000.00 – RM130,000.00 untuk universiti swasta (termasuk yuran, buku, sara hidup dan lain2) berdasarkan kadar yuran sekarang. Untuk universiti luar negara, saya percaya kosnya mungkin 3 – 5 kali kos universiti tempatan.
Berikut adalah anggaran kos pengajian tinggi luar negara (untuk SATU tahun):
NEGARA:
Australia:
Yuran (A$); 10,000.00 (Rendah), 18,000.00 (Purata), 26,000.00 (Tinggi)
Belanja hidup; 18,500.00 (Purata)
Kanada:
Yuran (C$); 4,000.00 (R), 8,000.00 (P) 12,000.00 (T)
Belanja hidup; 15,500.00 (P)
New Zealand:
Yuran (NZ$); 13,200.00 (R), 14,600.00 (P), 16,000.00 (T)
Belanja hidup; 16,000.00 (R), 18,000.00 (P), 20,000.00 (T)
UK:
Yuran (UK&); 10,000.00 (P)
Belanja hidup; 5,000.00 (R), 6,400.00 (P), 7,800.00 (T)
USA:
Private schools;
Yuran (US$); 11,000.00 (R), 14,500.00 (P), 18,000.00 (T)
Belanja hidup; 9,000.00 (R), 11,500.00 (P), 13,000.00 (T)
State schools;
Yuran (US$); 6,000.00 (R), 8,500.00 (P), 11,000.00 (T)
Belanja hidup; 7,000.00 (R), 9,000.00 (P), 11,000.00 (T)
Dengar kadar inflasi minimal 4% sahaja pun kita boleh bayangkan berapakah agaknya perbelanjaan yang harus dikeluarkan apabila tiba masanya nanti anak2 kita tiba saat memasuki pengajian tinggi. Jadi apakah matlamat pendidikan anak2 yang anda mahukan?
Rujukan:
Financial Freedom: Your Guide to Lifetime Financial Planning
Saya tulis artikel ini pada Februari 2001. Mungkin ada yang masih relevan.
—
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kita selalu mendapat berita yang menggembirakan tentang kelahiran anak-anak yang insyaallah akan mewarisi kita dan menerajui masa depan agama, bangsa dan negara. Memang pada jangka umur seperti kita ini, kebanyakan orang sudah pun mempunyai keluarga yang lengkap.
Sudah tentu dengan segala sumber yang ada kita berhasrat untuk memberikan segala yang terbaik dan termampu untuk keluarga dan anak-anak baik dari segi makan-pakainya mahupun dari segi pendidikan. Kita sudah tentu tidak mahu segala susah payah seperti yang pernah kita lalui di masa lampau dialami dan dilalui pula oleh anak-anak.
Walaupun dahulu kita mungkin asalnya dari keluarga yang agak sederhana (seperti saya juga), alhamdulillah, dapat juga kita merasa peluang melanjutkan pelajaran dan menaikkan taraf diri dan keluarga hasil dari proses pendidikan yang telah kita lalui dengan bantuan dana biasiswa atau pinjaman baik dari MARA, JPA, Petronas dsb.
Walaubagaimanapun, perkembangan mutakhir ini dengan dasar pengkorporatan universiti awam dan percambahan bak cendawan universiti dan kolej swasta, kita tidak dapat tidak harus bimbang dan prihatin tentang bagaimana pula kita nanti hendak mencari dana membiayai pengajian anak-anak kita pada masa hadapan.
Saya tidak yakin anak-anak kita nanti akan mempunyai peluang yang sama seperti kita dahulu dari segi sumber dana pendidikan tinggi. Kita dulu, dapat SPM bagus, insyaAllah boleh dapat masuk universiti sama ada ‘local’ atau ‘overseas’ dengan dana yang agak terjamin daripada penganjur-penganjur yang saya sebutkan di atas. Ibubapa di masa itu boleh hantar anak dengan tangan kosong (atau minimal) kerana sumber dana tidak perlu dirisaukan. Sekarang ini, kejayaan dalam SPM dengan 10A pun belum tentu menjamin biasiswa bahkan pinjaman PTPTN belum tentu boleh diharap.
Maka, mahu tidak mahu kita sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil ini harus melakukan sesuatu mulai sekarang untuk memastikan bila tiba masanya nanti tidaklah menggelabah kita mencari-cari atau turun-naik bank untuk mencari dana bagi memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan tinggi yang sebaiknya.
Di Nightline TV3 beberapa hari lepas (29/1/01) saya mendengar yang kerajaan mahukan universiti-universiti awam mencari dana sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan besar dari kerajaan. Yang saya dapat ‘foresee’ daripada berita ini ialah kemungkinan akan naiknya yuran universiti-universiti berkenaan.
Jadi, bagaimanakah harus kita lakukan untuk memastikan anak-anak kita terjamin mencecah menara gading bagaimana juapun kedudukan PTPTN atau kerajaan pada masa itu? Jawapannya bergantung kepada anda.
“If you think education is expensive, try ignorance.” – Derek Bok
|
|